Gua yang cuba menonjolkan imej MACHO ini pun tersentuh bila baca entri PAPAGOMO tentang keluh kesah dia dan rakan rakan blogger lain bila bercakap pasal PEMIMPIN UMNO & BN TAHAP SENGAL ini.Gua petik sikit apa yang diluah Bro Gomo...
" Tapi dalam sedar tak sedar rupanya banyak yang berjawatan dan berpangkat berebut gilakan kuasa dan beriya iya mempertahankan kuasanya sehingga terlupa perjuangan yang kami para Blogger lakukan.
Malam tadi kami Papa Gomo, Parpu Kari, Dr Novandri, Gerakan Anti PKR, Pisau.Net, Media Permatang Pauh, Darul Ehsan Today, Medan Info Kita, The Flying Kick, Gerakan Timur, Keris Putra, Pejuang Bangsa, Gelombang Rakyat, Badut Rakyat, Empayar Pemuda bercerita untung nasib kami selepas PRU13.
Jangan kata selepas PRU13. Sekarang ni pun kami seakan sampah yang membuat pendedahan,cetus isu,perang pakatan dan berbagai bagai hanya dikerah keringat untuk mereka yang berkepentingan. "
Gua sebenarnya tak pernah lah melalui pengalaman berurusan dengan 'pemimpin pemimpin sengal' ini tapi sedikit sebanyak sebagai blogger apa yang dilalui Papagomo dan rakan rakan pasti akan gua lalui suatu hari kelak.Jadi masaalah yang mereka alami adalah masaalah WARGA BLOGGER PRO semua.
Cuma bila bercakap pasal PEMIMPIN HARAMJADAH ini tiada apa yang menghairankan gua dengan sikap mereka ini,memang mereka semua ini HARAMJADAH sejak azali lagi.Mereka ini BERPOLITIK tak kenal kawan tak kenal lawan.Bangun...politik...tidur politik...makan poltik...minum politik...berak politik..pendekata semua mereka lakukan bermotif politik.JADI KITA BOLEH DENGAR PAKAI JANGAN...
Bila bercakap dengan Blogger macamlah diaorang IT Savy yang konon nya memahami jiwa penulis maya macam kita ini,tapi habuk pun tak reti apa.Usung Blackberry kehulu kehilir tapi sekadar jawap call dan sms dan sesekali MMS.Facebook,Tweeter...haram reti pun tidak.Tak percaya cuba minta PIN kat diaorang alamat diaorang bagi kita PIN BAJU lah.Kalau tak percaya cuba google cari FB,Tweeter atau Blog diaorang takkan lebih dari 10% yang ada benda ini semua.
Tapi depan kita bila diterangkan tentang kepentingan Media Baru dan sumbangan nya dalam perang siber diorang akan sokong 1000% dan konon nya akan mereka bawa keatas langit untuk di usulkan kepada kepimpinan tertinggi.Budget juta juta konon nya memang dah tersedia untuk memantap dan memperkasakan perjuangan kita.Tapi 3 langkah meninggalkan kita semua LUPA...yang diaorang ingat GRO GRO yang tengah tunggu kat Karoake dan Dangdut.
Jadi dah tiba masanya blogger blogger hebat pejuang yang ada tunjuk taring kasi ajar sama ini PEMIMPIN KURANG AJAR.Sekaranglah masanya semua bersatu dan tunjuk kekuatan anda semua agar tidak terus diperlekeh mereka.Dah dekat PRU atau lebih teruk selepas PRU13 nanti pakai tidak lah tu.Kalau patut bersatu dan boikot sebelum PRU ini pun baik jugalah.Gua cuma cadangkan saja...lu orang lebih tahu apa patut buat.